Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 17, 2010

Jenazah ADUN Tenang Sulaiman Taha selamat dikebumikan

LABIS 17 Dis. - Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Datuk Sulaiman Taha, 59, yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur pagi ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Paya Merah, di sini pukul 12 tengah hari ini.
Van yang membawa jenazah Allayarham tiba di rumahnya di Labis Park, di sini pukul 8 pagi tadi.
Jenazahnya disembahyangkan sebanyak dua kali iaitu di rumah dan di masjid yang baru siap dibina di sini sebelum dikebumikan.



Allyarham Sulaiman dimasukkan ke Hospital Segamat selama dua hari sebelum dipindahkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri pada 24 November lalu.
Keadaan beliau dilaporkan kritikal pada pukul 12.45 tengah malam tadi sebelum disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Sulaiman mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada Pilihan Raya Umum 2008 dan menewaskan calon Pas, Mohd. Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.
..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

0 tetamu comel :