Thursday, September 15, 2011

apa itu disleksia?

hari nie ummi nak share ngan korang info kesihatan yang amat berguna nie.
jom bacer samer2 yerk...

ciri-ciri disleksia :
  • selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
  • lambat membaca dan mempunyai tulisan yang buruk.
  • ketika membaca, sering mengurangkan atau menambahkan pada sesuatu perkataan.
  • sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.
  • perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
  • cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengukit perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
  • sering berlaku pada LELAKI.
  • kerap berlaku kepada pasangan KEMBAR, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
  • masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

punca disleksia :
  • dipercayai akibat cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan normal.apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku ketika dalam kandungan atau kemalangan.
  • faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.
rawatan disleksia :
  •  hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.
disleksia berasal daripada perkataan yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. disleksia bukannya satu penyakit, tetapi adalah salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami kanak-kanak.

lazimnya, masalah pembelajaran yang dihidapi berkaitan membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. ia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

mereka yang mempunyai disleksia bukannya meghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang yang terkenal di dunia mempunyai gejala berkenaan. sesetengah mereka yang mempunyai keadaan kesukaran menyebut perkataan yang panjang dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan dan sifir.

masalah disleksia adalah berbeza dengan afasia, iaitu sejenis penyakit disebabkan kerosakan saraf otak dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.

kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam orang yang bodoh. kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia, seliaan Jabatan Pendidikan atau mendapatkan nasihat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menghantar anak ke Pendidikan Khas. kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.

di malaysia, kanak-kanak yang disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai Orang Kurang Upaya (OKU). mereka mempunyai kad OKU daripada JKM dan memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri untuk mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaanya.

nota ummi : berguna sekali sebagai info pengetahuan.boleh dijadikan panduan di masa akan datang, ummi pun ada seorang anak lelaki.so, kene amik tahu semua ni....







..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

0 tetamu comel :