Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 30, 2011

bibik oh bibik

ummi dapat email nie dari seorang member opis.ummi rasa menarik kisah nie.so ummi share kan kat sini la.sebagai pedoman buat sumer yer...



seorang warga Singapura baru-baru ini telah mewujudkan halaman facebook yang dikenali sebagai "Dangerous Maids" untuk rakyat Singapura berkongsi cerita 'menakutkan' tentang pembantu rumah.

Pencipta halaman tersebut, "Hilda Low", berkata bahawa pembantu rumahnya telah mengumpulkan darah haid untuk dibuat sup untuk mereka sekeluarga.

Menurutnya lagi, darah itu akan dipungut dengan pad kapas muka dan dimasukkan ke dalam beg teh yang telah digunakan untuk membuat sup. beliau percaya bahawa pembantu rumahnya itu berbuat demikian untuk melakukan sihir ilmu hitam ke atas mereka sekeluarga.Beliau juga mendedahkan nama pembantu rumah terbabit, "Dewi Hermina" yang berasal dari Jawa Barat, Bogor.

"Hilda Low" menyatakan bahawa tujuan halaman itu diwujudkan untuk mendedahkan pembantu rumahnya yang melakukan 'amalan keji dan jahat terhadap majikan mereka'. beliau berharap ia dapat memberi amaran kepada orang ramai mengenai pembantu rumah ini, dan membiarkan orang ramai tahu bahawa bukan semua pembantu rumah selalu menjadi mangsa.

Akhir sekali, beliau meminta orang ramai untuk berkongsikan cerita mengenai 'pembantu rumah merbahaya' yang lain jika ada.

nota ummi : gambar x dapat nak diupload...huhuhuhuhu




..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

0 tetamu comel :