Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 4, 2011

lagi kes campak bayi

malam tadi tengok berita kat tv3 ader citer pasal kes campak bayi lagi.Subhanallah........apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang.ko dah buat zina, tue dah HARAM!!!pas tue ko buang bayi lak, lagi tambah dosa ko tau.emo sikit ummi biler dengar bab2 cenggini.sensitif taw..
ingat budak tue patung ke aper.ingat cam baju ko.tengah cantik, ko pakai, dah buruk ko campak cenggitu jer.orang lain yang dah bertahun2 kawen nak anak, nak zuriat, tapi lom rezeki derang lagi.ko dah ada anak, senang2 jer campak budak tu dalam longkang.MasyaAllah........terdiam sekejap ummi.ummi ni pun bukannya baik sangat, tapi ada lagi perasaan perikemanusiaan tue lagi.yang derang nie x tahu la nak dikategorikan sebagai aper lagi.nak kata BINATANG, ummi rasa binatang pun still sayangkan anak derang.nie ko MANUSIA.cuber ko pikir, ko berada kat situasi budak tue.orang tua ko @ mak ko campak ko dari tingkat berapa sekalipun, pas tue ko jatuh bedebuk cam nangka busuk ke bawah.apa yang ko rasa???sakit kan.pastue kompem2 ko MATI.inikan plak BABY.yang x tahu aper2, yang baru sajer lihat dunia nie, yang x berdosa langsung, kenapa perlu DERANG nie yang tanggung kesakitan, kesengsaraan yang mak pak derang lakukan....
if ko xnak jaga budak tue, ko bagi jer la kat saper2 yang teringin ada anak.ko antar la budak x bersalah tue ke pusat kebajikan.yang ko campak jer budak tue KENAPA????sadis taw.ko dah buat satu kesalahan, tue salah ko.tpai janganla ko tambahkan lagi dosa ko yang dah bertimbun2 tu.menangis taw ummi.x nak banyak cakap, wat sakit hati jer.baca jer la nie.




TAHAN...suspek ditahan selepas mengaku membuang bayinya.
TAHAN...suspek ditahan selepas mengaku membuang bayinya.
KEJAM ...anggota polis mengangkat mayat bayi yang dicampak dari tingkat dua  flat.
KEJAM ...anggota polis mengangkat mayat bayi yang dicampak dari tingkat dua flat.
GOMBAK: Kesan titisan darah ditemui di atas lantai yang dijejaki polis berjaya menemui wanita dipercayai bertanggungjawab mencampakkan bayi perempuannya yang masih bertali pusat dari tingkat dua sebuah flat di Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru, di sini, semalam.
Ini berikutan laporan penemuan bayi cukup sifat baru dilahirkan itu dalam keadaan tertiarap dalam longkang.
Dalam kejadian jam 7.46 pagi itu, sepasukan anggota polis yang menerima maklumat penduduk mengenai penemuan mayat bayi itu bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan sebelum berjaya mengesan wanita terbabit yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja di sebuah restoran di Bandar Baru Selayang.

Pada mulanya, remaja berusia 19 tahun yang belum berkahwin itu dikatakan enggan mengaku melakukan perbuatan itu, namun polis yang curiga dengan jawapannya terus mendesak terutama selepas menemui kain baru dibasuh yang mempunyai kesan darah, namun suspek memberi alasan itu adalah darah haid.


Bagaimanapun, selepas majikan dan rakan sekerja suspek ke tempat kejadian dan bertanyakan hal sebenar, akhirnya wanita itu yang gagal mengawal perasaan terus menangis sebelum mengaku bertanggungjawab mencampakkan bayi berkenaan dari tingkat dua kediaman itu ke dalam longkang.


nota ummi : pagi2 dah buat ummi emo, tambah tensen aku jerk.ciss....



..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

2 tetamu comel :

SumeSakan said...

hmmmm tersentuh kalau baca bab2 nih...sedih sangat...kekadang tuh sampai ngalir air mata...tp hairan nape diorang nih x rasa pape..moga diberi petunjuk...aminnnnn

tihasweetie said...

kekadang kiter nie dilalaikan oleh syaitan....ummi sampai menitiskan airmata biler tengok video baby tu...nti ummi upload kan video tue kt blog yer...buat tatapan renungan bersama.....