Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 27, 2012

kenduri saji lauk basi


salam N morning sumer... pagi nie sebelum memulakan kerja, ummi sempat la baca paper online...baca plak kisah nie..sedihnyer rasa..ummi faham perasaan pasangan pengantin nie.betapa remuk redam perasaan mereka bila majlis bersejarah mereka dicemari dengan keadaan macam nie...apa yang ummi harapkan mereka sekeluarga banyakkan bersabar, dugaan nie pasti berakhir dengan kegembiraan.......insyaAllah......

 
NAZURAH dan Nazli terpaksa bergaya di pelamin dalam keadaan perasaan mereka remuk selepas majlis kenduri perkahwinan tercemar dengan sajian basi.




BALIK PULAU – Kemeriahan majlis persandingan satu pasangan pengantin di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Teluk Bahang di sini kelmarin bertukar kecoh apabila lauk-pauk yang disajikan didakwa telah basi dan berbau busuk manakala nasinya pula mentah.
Kejadian itu menyebabkan lebih 1,000 jemputan majlis perkahwinan Nazurah Romai, 21 dan suaminya, Nazli Che Amat, 22, kakitangan sebuah syarikat swasta, terpaksa pulang dengan perut kosong.
Hidangan itu ditempah menerusi pakej sebuah syarikat perancang perkahwinan yang mengenakan bayaran RM17,000 untuk sajian, sepasang persalinan untuk majlis akad nikah, pelamin, fotografi dan cenderamata.
Difahamkan, pasangan itu telah menjelaskan bayaran sebanyak RM14,000 kepada syarikat berkenaan.
Nazurah yang merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta di sini berkata, peristiwa yang memalukan itu disedari sewaktu mereka mahu menjamu beberapa orang tetamu pada majlis tahlil kira-kira pukul 10 pagi.

sumber : KOSMO

..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

2 tetamu comel :

Aty Fared said...

Ya allah...kesiannyer...msti bengang giler ngn caterer tu....

tihasweetie said...

tau x per...kesian sgt2......law caterer tue baik hati, ofkos dia akan ganti blik ngan duit kan...nie x tahu la camner..kesian kat pengantin N family dia....