hari nie ummi nak share pasal info menarik nie...subhanallah.....maha suci Allah......
Menakjubkan apabila di sebuah kawasan kecil perhampiran Chamarel, Mauritius, terdapat tanah yang mempunyai 7 warna yang menyerupai corak pelangi.Kawasan yang hanya berkeluasan 7,500 kaki persegi itu terdiri daripada tanah berpasir yang berwarna merah, coklat, ungu, hijau, biru, kuning dan hitam.Tanah yang mempunyai perbezaan warna itu dipercayai akibat pencairan batu daripada gunung berapi yang telah menyejuk pada suhu yang luar biasa.Indah dan besar betul ciptaan Tuhan ini.Walaupun hadir pada skala kecil, namun fenomena itu dianggap luar biasa sehingga mampu menarik ramai pengungjung ke Chamarel.
Sehingga kini, puncanya masih belum diberitahu dengan begitu jelas, tetapi apa yang pasti ia adalah kejadian yang dianugerahkan kepada kawasan berkenaan.Melihat kepada foto-foto dibawah ini, ia nampak hanya seperti sebuah lukisan.Tetapi percayalah kerana ia benar-benar berlaku. Subahanallah…
6 tetamu comel :
cantiknya....rse mcm nk g sne je tgk..huhu
Subhanallah..Maha Suci Allah..Sungguh tak terpikir dengan kewarasan akal manusia..Allah Maha Pencipta!
Ya Allah..kagum nyer tengok...
cantik kan....segala kepujian ke atas Ilahi atas anugerah ini....
Subhanallah. indah btol ciptaNya kan.
cantiknya...alynn singgah & follow blog ummie tieha :)
Post a Comment