ummi bukan merepek, bukan merapu benda yang x betul.
ini adalah kisah sejarah yang benar-benar berlaku.
kisah yang telah merubah segala-galanya.
kisah yang menjadi sejarah negara kita.
kisah ini benar-benar berlaku di dalam keluarga ummi.
citernyer camni.....
sebelum tue ummi tau sumer orang dah tahu apa yang mat sabu merepekkan dalam ceramahnya kat pulau pinang arie tue kan.
memang dia merepek, merapu meraban bagai.dia lah orang yang dipertanggungjawabkan untuk merubah fakta sejarah negara.saper pun x berani nak ubah dia lak memandai nak ubah sejarah negara.
sebagai keturunan orang yang BERTANGGUNGJAWAB dalam cubaan menghapuskan MAT INDERA (ahli komunis yang telah menghancurkan balai polis BUKIT KEPONG) ummi rasa terhina sangta2.
ummi bukan merepek, ini adalah BENAR-BENAR kisah sejarah NEGARA.
salah seorang orang kuat di sebalik PENANGKAPAN MAT INDERA adalah DATOK ummi sendiri.iaitu HJ ISMAIL BIN MUSTAKIM@HJ MISBAN.....atok ummi lah orang yang bertanggungjawab membuatkan MAT INDERA mabuk sebelum pihak polis ketika itu berjaya menagkapnya.kisah ini diceritakan sendiri oleh ibu ummi.semua orang tahu bahawa MAT INDERA mabuk kerana minum kopi kecubung.arwah atok yang buat kopi tue.dia bubuh kecubung dalam air kopi yang dihidangkan oleh nenek untuk MAT INDERA dan pengikutnya.atok (HJ MISBAN beserta kawan-kawannya iaitu Beladang, Mat Tukyo dan Bajuri diketuai MD SHAM menggunakan tipu helah dengan mengadakan perbincangan bersama MAT INDERA dengan menyatakan akan membekalkan bantuan kepada MAT INDERA. mereka menggunakn kopi kecubung untuk membuat MAT INDERA mabuk sebelum ditangkap dan diikat menggunakan daun lalang untuk melumpuhkannya dari ilmu yang dimilikinya.kemudian mereka menanggalakan segala tangkal yang digunakan MAT INDERA sebelum membawanya ke balai polis menggunakan basikal.
sepanjang hayat arwah ATOK, beliau tidak pernah berbangga dengan sejarah yang dilakarnya.tidak pernah sesekali pun atok menceritakan detik-detik cemas itu kepada sesiap kecuali ahli keluarga.beliau sendiri tidak pernah memperbesarkan kisah ini kepada umum.
untuk mengenang jasa ATOK, pihak kerajaan NEGERI JOHOR ada memberikan pingat penghargaan kepada arwah atok.cuma nama atok xder dalam buku sejarah negara.
bila dengar citer nie dari ibu, ummi rasa terharu dan berbangga sebab atok ummi la orang kuat dalam perancangan untuk menumpaskan MAT INDERA setelah dia menyerang balai polis BUKIT KEPONG.dan bila dengar citer tentang mat sabu mempertahankan mat indera sebagai wira negara, memang ummi rasa terhina sangat-sangat.sedih taw biler perngorbanan orang dulu dalam mempertahankan maruah negara terutamanya DATOK SENDIRI diperkotak katikkan oleh pihak-pihak tertentu.
semoga pengorbanan mereka yang berjaya mempertahankan negara kita dikenang hingga akhir zaman.sayu hati bila mengenangkan arwah atok yang telah pergi buat selama-lamanya.......
bukan ummi sajer-sajer buay citer, nak tau lebih lanjut, boleh baca info berkenaan dekat SINI
nota ummi : berbangga mernjadi keturunan HJ ISMAIL@MISBAN BIN MUSTAKIM dan HAJAH ISMINAH...........
0 tetamu comel :
Post a Comment