Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 11, 2011

setan ko kan

kenapa tajuk ummi cenggitu....
ummi rasa geram sangat2, rasa nak nangis pun ada....terdiam sejenak tatkala terbaca berita nie semalam...memang sial ko kan jantan...kenapa la pendek sangat akal ko erk....apa guna ko jadi bapak kalau ko buat anak ko camtue..giler ke aper?dah xder akal erk nak kawal nafsu sendiri....sula satu2 nya hukuman yang ummi rasa memang LAYAK untuk dia nie taw.....tangisan baby pu leh wat nafsu ko naik erk...vodoh la....eiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!! baca la sendiri kat bawah nie..



Bayi 23 Hari Diliwat Bapa

Isteri Dalam Pantang, Bapa Liwat Bayi 23 Hari


KUALA LUMPUR  -  Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumah mereka di Taman Sunway, Batu Caves di sini kelmarin.

Laporan media menyebut lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.
Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Dipetik Harian Metro hari ini, sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira pukul 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.
“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.“Dia mula curiga suaminya melakukan sesuatu yang buruk terhadap bayinya kerana sedar sebelum itu lelaki berkenaan bermain bersama anaknya itu di dalam bilik,” katanya. 

Sumber berkata, tanpa pengetahuan suaminya wanita terbabit bergegas membawa mangsa ke sebuah klinik sebelum doktor mengarahkannya melakukan pemeriksaan semula di Hospital Selayang.
“Pemeriksaan doktor yang mengesahkan mangsa diliwat. Berang dengan perbuatan terkutuk suaminya itu, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Selayang,” katanya lagi.
Sumber itu berkata, sebelum kejadian suspek mengajak ibu mangsa melakukan hubungan seks, namun wanita itu enggan kerana dia masih pantang kerana baru 23 hari melahirkan anak.
Lelaki itu ditahan malam kelmarin dan sedang direman selama empat hari.
Sumber juga berkata bayi itu berada dalam keadaan kritikal.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan penahanan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan
nota ummi : kenapa yer sekarang nie manusia dah x boleh nak berpikir secara rasional erk..bila nafsu mengatasi akal fiikiran waras, jadi cenggini erk.YA ALLAH.KAU selamatkan la anakku dari segala perbuatan keji seperti ini YA ALLAH.......



..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

1 tetamu comel :

Julia Johari said...

Umiiii....julia x sanggup nk baca lagi berita mcm nih....rasa berderai bdn bila manusia bertopengkan syaitan durjana...ya Allah selamtkan dan lindungi bayi kami ya allah :)