Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 29, 2012

Di bawah penjagaan taska-wajarkah bg anda?



tengok sini

dah tengok belum video menyeramkan nie...
apa perasaan anda sebagai seorang ibu....
ummi rasa geram sangat2 sebab ummi pun ada anak sekecil mereka.
perasaan sedih sayu marah geram sumer ada..
biler ummi share video nie kat dalam fb ummi, ramai yang beri komen negatif..
difahamkan kejadian ini berlaku di TASKA PERMATA milik kerajaan di sebuah taman di KOTA MASAI JOHOR BAHRU.
baru semalam video nie tersebar, hari nie keluar pula rentetan kisah ni di harian metro.
berikut adalah penjelasan daripada pemilik taska berkenaan..

KESAL...Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan gambar anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat.
KESAL...Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan gambar anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat.
JOHOR BAHRU: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.
Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.
Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.

“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.


“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya

nota ummi : naluri seorang ibu tue terlalu kuat....biler lihat seksaan sebegini pada seorang kanak-kanak, ummi rasa kecewa sangat2.....semoga anak ummi tidak mengalami peristiwa seperti ini......

..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

0 tetamu comel :