Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 9, 2011

gaji SBPA 2012


ummi rasa sehari dua hari nie mesti ramai orang yang sedang mencari maklumat berkaitan tanggagaji kan.begitu juga dengan ummi.pekeliling SBPA dah dikeluarkan semalam (khamis 8/12/2011).dalam pekeliling tue sumer dah ada, kecuali lampiran C (GAJI) yang ditunggu2 oleh sumer pihak.kemudian keluar pula maklumat2 yang belum lagi sahih dekat blog2 kan.pastu sumer orang percaya bulat2 kan.

antara maklumat yang TIDAK BETUL sama sekali ialah maklumat ini :



kengkawan, yang kat atas nie x betul yer..jangan percaya yer..maklumat ini dikatakan untuk KGT..iaitu kenaikan gaji tahunan. yang betul adalah di bawah ini :

credit to FB KPPA




ada lagi maklumat lain yang sahih yang terkandung dalam pekeliling SBPA 2012 nie.ummi selitkan sikit untuk pengetahuan bersama.


1) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: “Exit Policy”

Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.
Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome & kesan, bukan lagi output seperti yang sebelumnya.
Kakitangan sektor kerajaan yang gagal memperlihatkan atau mencapai prestasi perkhidmatan disasarkan selama tiga tahun berturut-turut akan ditamatkan kerja di bawah Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA Gaji Baru 2012), yang bakal dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini 2012
Peruntukkan bagi Skim Gaji SBPA 2012 baru ini terpakai ke atas keseluruhan 1.3 juta tenaga kerja sektor awam, tidak kira peringkat dan kumpulan perkhidmatan.

(saper kata kerja kerajaan xkan buang orang? lepas skim nie, tahun depan alamatnyer ramai yang kene berhati2 la, kalau x, prestasi bawah 70% memang disarankan berhenti kerja.)


2) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: Pengredan Semula Jawatan

Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar) :
  • Premier
  • Jusa
  • Pengurusan Tinggi
  • Pengurusan dan Profesional
  • Pelaksana
Kalau diikutkan gred Premier dan Pelaksana adalah merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.
Maksudnya kalau ambil gred bawah sekali iaitu Pelaksana, seseorang yang sekarang ini hanya bertugas sebagai pemandu, kenalah ada multiskill, mampu buat kerja tambahan yang lain seperti jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip, tukang angkat telepon dan lain-lain lepas ini.

3) Skim SBPA Gaji Baru 2012. Penilaian Markah Penjawat Awam

Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menetapkan empat kategori markah penilaian perkhidmatan iaitu :
  • Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
  • Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
  • Markah 75 % – tiada kenaikan
  • Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan

4) Jadual Gaji SBPA 2012 Baru  : Sistem Gaji Baru

Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :
Skim gaji baru 2012 SBPA ini bakal menyediakan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis yang digunakan sekarang.

nota ummi : sedang menunggu lampiran C (GAJI) dikeluarkan.....

..Assabru yuinu alaa kulli amalin..

0 tetamu comel :